Rakan Kongsi – Ejen Pemasaran

October 16, 2008 at 4:57 pm 4 comments

Salam,

Sedar tak sedar dah 16 hari kita berada dalam bulan Syawal yang mulia ini. Alhamdulillah, raya tahun ni banyak jemputan rumah terbuka diterima. Terima kasih kepada yang menjemput dan mohon maaf bebanyak jika ada jemputan yang tak dapat dipenuhi. mungkin terlupa atau atas alasan berpuasa.

Sejak saya iklankan posting berkenaan iklan rakan kongsi, ramai yang menghubungi saya untuk penjelasan. Terima kasih kepada yang berminat.

Namun, amat mendukacitakan bila saya explain yang produk saya ni cuma tempe dan tapai ramai yang mengeluh, ketawa dan tak berpuashati. Mengapa???

Saya tak la risau sangat sebab dah biasa berdepan dengan situasi begini. Kena ‘kencing’ pun dah banyak kali. Niat saya cuma nak meluaskan rangkaian perniagaan dan melahirkan jaringan usahawan dikalangan orang kita. Tapi, entah la….

Kepada yang berminat tapi belum faham konsep rakan kongsi, biar saya terangkan di blog ini.

1. Ambil produk di kilang.
2. Catitan perlu dibuat semasa stok diambil keluar dari kilang.
3. Hantar kepada pelanggan mengikut tempahan yang dipersetujui.
4. Kutip duit hasil jualan dari pelanggan.
5. Bayar kepada saya harga pokok.

Saya jual produk saya mengikut harga pokok. Terpulang kepada anda untuk jual berapa harga pun kepada pelanggan asalkan tidak melebihi harga maksimum.

Nota: harga maksimum mengikut harga pasaran di pasar besar.

Syarat mudah untuk melayakkan anda BERJAYA mengalahkan fikiran negatif mengenai peluang ini:

1. Boleh bangun awal pagi
2. Sanggup menjual barang
3. Komitmen tinggi terhadap pelanggan
4. Rajin berusaha
5. Mahu menjadi usahawan satu hari nanti

Komisen yang ditawarkan ialah 40% (bergantung kepada cara anda menjual). Yang bagusnya, anda boleh dapat duit cash hari-hari.

Tiada kejayaan tanpa usaha. Percayalah…
.

Entry filed under: aidilfitri, kacang soya, ragi, recipe, Resepi, soybeans, tapai, tapai ubi, tempe, tempeh, ubi kayu. Tags: .

Keje Part Time BLOG BARU

4 Comments Add your own

  • 1. IdzaRis  |  October 24, 2008 at 12:15 pm

    selamat berjaya,tuan..

    Reply
  • 2. Blog@Pakuteh  |  October 28, 2008 at 6:12 pm

    Salam Idzaris,Terima kasih atas sokongan dan dorongan…

    Reply
    • 3. fitri  |  November 16, 2016 at 2:09 pm

      askum tuan…masih menjalankn perniagaan di atas?sy berminat nk tahu lebih lanjut..boleh sy dapatkn no fon tuan..018-5760441 no sy…

      Reply
      • 4. tapaiubi  |  November 18, 2016 at 9:24 am

        Wsalam. Maaf kami tidak lagi menjalankan projek ini.
        Terima kasih kerana berminat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Dapatkan meklumat terbaru entri kami di http://tempevstapaiubi.blogspot.com

Blog Stats

  • 26,342 hits

Like US at FB


%d bloggers like this: