AWAS : ‘Air Ikan Haruan’ Bahaya Kepada Kesihatan

May 22, 2009 at 2:45 pm Leave a comment

SINGAPURA: Pihak berkuasa kesihatan Singapura memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil ubat tradisional dengan label ‘Air Ikan Haruan; oleh kerana ia mengandungi bahan perubatan berbahaya yang tidak diisytiharkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) berkata ia telah mengesan dexamethasone, sejenis ubatan barat yang berbahaya dalam perubatan tradisional.

Ia menyatakan dexamethasone adalah dadah preskripsi yang biasa digunakan bagi merawat penyakit radang seperti arthritis.

Air Ikan Haruan’, yang dipakej dalam botol-botol kecil, mendakwa dapat “membersihkan darah kotor, mengurangkan gatal kulit, memulihkan luka dalaman, menambah tenaga, mengurangkan batuk, dan mempertingkat kesihatan ibu selepas bersalin,” kata HSA.

Penggunaan dexamethasone secara berterusan dan tanpa penyeliaan boleh menyebabkan reaksi negatif yang serius seperti degupan jantung tidak tetap, peningkatan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, dan kedatangan haid tidak menentu, kerosakan otot dan tulang, sawan dan gangguan mental dan perasaan.

HSA berkata ubat berkenaan tidak ditemui di kedai runcit tempatan tetapi ia bimbang mungkin ada orang ramai yang membeli produk itu dari seberang laut dan dengan tidak sengaja terdedah kepada bahaya kesihatan yang serius disebabkan oleh produk tercemar itu. – Bernama

Entry filed under: haruan, kesihatan. Tags: .

Nasi Lemak : Malaysia Favourite Breakfast Produk Terlaris

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Dapatkan meklumat terbaru entri kami di http://tempevstapaiubi.blogspot.com

Blog Stats

  • 26,342 hits

Like US at FB


%d bloggers like this: