SIMBAZA Dilancarkan Pada 27 Jun 2009

June 30, 2009 at 10:34 am Leave a comment

SIMBAZA sebuah konsep pasaraya masa depan telah selamat dilancarkan di Hotel KL International , Kuala Lumpur pada hari Sabtu 27 Jun 2009 yang lalu. Merupakan sebuah program bagi mengujudkan jaringan antara pengilang, pengeluar, pembekal , pengedar, peruncit dan pembeli adalah yang seumpamanya di Malaysia.

En Shahril selaku Pengarah Program dalam taklimatnya berkata bahawa SIMBAZA adalah satu jenis perniagaan dengan konsep yang baru yang diyakini keberkesanannya. Kajian rapi selama hampir satu tahun sebelum melancarkan program SIMBAZA ini memberikan keyakinan kepada pihak pengurusan bahawa ianya akan mencapai kejayaan dengan cepat.

Bermula dengan 5,000 peniaga kiosk menjelang Ogos nanti ianya akan membentuk sebuah pasaraya besar menjelang awal tahun 2010. Dengan mempromosikan produk-produk keluaran bumiputera berstatuskan halalal toyibban jangkaan jumlah produk akan melebihi 3,000 item apabila memasukki pasaran mulai awal Julai ini.

Hasil dari program penjanaan ekonomi berasaskan konsep Keusahawanan Sosial anjuran Yayasan Pembangunan Nur Hikmah ianya turut disokong oleh lebih 32,000 ahli-ahli dibawah jaringan Sahabat Interaktif Malaysia (SIM).

Presiden Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, Encik Ameer Soekre Ishak berharap gerakan pemasaran melalui jaringan sedia ada ini akan dengan cepatnya menjadikan SIMBAZA sebagai jenama baru dalam produk-produk muslim dan bumiputera. Selain menjadi saluran pemasaran yang berkesan ianya juga amat bermakna bagi usahawan-usahawan runcit yang ingin mengembangkan atau memulakan perniagaan.

Beliau menggesa semua pihak agar segera menyertai SIMBAZA samada mendaftar sebagai Pembekal produk atau Krew yang akan bertindak sebagai agen pemasaran diseluruh negara. Dengan lebih 800 lokasi yang strategik diseluruh negara beliau juga yakin bahawa SIMBAZA akan memberi banyak peluang perniagaan serta. Kursus serta latihan keusahawanan yang akan dijalankan oleh SIMBAZA dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah akan lebih memantapkan lagi daya tahan usahawan SIMBAZA.

Bagi pihak yayasan program SIMBAZA ini adalah merupakan program peningkatan ekonomi selepas kejayaan program MangkukTingkat.com , BondaMama dan Kerja Dari Rumah (KDR)

Pihak-pihak yang ingin turut serta didalam jaringan SIMBAZA ini boleh menghubungiPuan Nur ditalian 012-3407246 atau melayari laman web http://www.simbaza.com/. SIMBAZA juga menyediakan talian 24 jam di 1 700 800 060 bagi memudahkan para pelanggan mendapat maklumat lanjut mengenai SIMBAZA.

Entry filed under: SIM produk ypn, SIMBAZA, SIMBiz. Tags: .

Pelancaran bazaar@maeps (Flea Market & CarBootSales) Di Tapak MAHA Serdang bazaar@maeps Dalam Utusan Malaysia 18 Julai 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Dapatkan meklumat terbaru entri kami di http://tempevstapaiubi.blogspot.com

Blog Stats

  • 26,368 hits

Like US at FB


%d bloggers like this: