bazaar@maeps Dalam Utusan Malaysia 18 Julai 2009

July 20, 2009 at 9:58 am 2 comments


FLEA MARKET & CARBOOTSALES TERBESAR

SERDANG 17 Julai – Berpegang kepada konsep ‘semua orang boleh menjual dan membeli’, Bazaar@Maeps adalah tapak terbaik buat semua orang yang ingin memulakan perniagaan.
Ini terutamanya kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dengan tumpuan diberikan kepada golongan bumiputera yang ingin menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara mudah.
Bazaar@Maeps adalah usaha niaga berkonsep pasar malam dan car boot sale atau pasar terbuka terbesar di negara ini yang dijalankan di pintu masuk 2, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), di sini.
Dianjurkan oleh Persatuan Idea dan Usahaniaga Malaysia (MEIAS) dengan kerjasama Maeps Management Sdn. Bhd, ia diadakan setiap hari Sabtu bermula pukul 3 petang hingga 10 malam.
Difahamkan 70 peratus peniaga adalah pekerja swasta dan kerajaan yang menjadikan perniagaan sebagai aktiviti sampingan selepas bekerja, secara tidak langsung menjadikan Bazar@Maeps adalah peluang dan tempat perniagaan, khusus kepada warga yang bekerja.

Tinjauan Utusan Malaysia di tapak berkenaan baru-baru ini mendapati terdapat kira-kira 300 gerai yang menjual pelbagai barangan seperti makanan dan minuman, aksesori, kosmetik, pakaian, haiwan dan pelbagai barangan am.

Di samping itu, ia turut menyediakan tapak bagi car boot sale yang membolehkan pengunjung membeli barangan terpakai, barangan antik, barangan elektronik dan barangan unik yang sukar ditemui di kebanyakan tempat.

Yang Dipertua, MEIAS, Ahmad Safawi Taharim berkata, Bazaar@Maeps tidak seperti pasar atau bazar yang diwujudkan atau diuruskan oleh pihak swasta lain yang hanya mementingkan keuntungan bagi pihak penganjur dengan mengenakan bayaran tinggi kepada peniaga sekali gus menyebabkan kenaikan harga barang dengan alasan terpaksa menanggung kos yuran dan sewa yang tinggi.
Katanya, apabila harga barang yang tinggi dikenakan, pastinya pengunjung pasar berkenaan akan berkurangan dan lebih berminat memilih untuk membeli di pasar raya besar dan ini memberi kesan buruk kepada peniaga itu sendiri.
Sehubungan itu, Bazaar@Maeps yang diuruskan oleh MEIAS ini akan mementingkan dan mengenengahkan konsep ‘semua orang boleh membeli dan menjual’ iaitu peniaga boleh berniaga dan pembeli mampu membeli.

“Situasi menang-menang ini juga akan memberi kesan dan impak yang baik kepada pihak pengurusan Taman Ekspo Pertanian Malaysia sebagai tempat dan tapak penganjuran acara yang mempunyai kemudahan yang terbaik dan apa yang penting Bazaar@Maeps adalah bazar yang mesra pengguna, pengunjung dan peniaga,” ujarnya ketika ditemui di tapak berkenaan baru-baru ini.
Menurut Ahmad Safawi, objektif penganjuran bazar ini adalah untuk menggalakkan bumiputera menceburi perniagaan kecil dengan kos permulaan yang rendah.

Dengan adanya bazar seperti ini diharapkan akan memberi peluang kepada peniaga membentuk dan membangunkan minda yang cemerlang dalam dunia perniagaan dan keusahawanan.

Ia juga dapat menjadi tempat berhimpun bagi peniaga dan usahawan kecil untuk menjual produk keluaran mereka terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah dan menjadi tempat buat pengguna untuk membeli barangan dengan kadar murah dan memuaskan.
Tidak hanya menyediakan tapak perniagaan, di Bazaar@Maeps pengunjung boleh memenuhi masa lapang dengan menonton wayang pacak, beriadah di taman pertanian, berkaraoke, menyaksikan perlumbaan kereta, bermain layang-layang serta berpeluang melihat karnival jualan produk perusahaan kecil dan sederhana secara lelongan.

Pemilihan tapak di Maeps dilihat amat strategik memandangkan terdapat pelbagai kemudahan awam seperti tempat letak kereta yang luas, tandas awam, kemudahan pengangkutan dalaman yang canggih dan kawasan riadah.
Dengan berkunjung ke bazar ini juga secara tidak langsung memberi nilai tambah dalam aktiviti berkeluarga iaitu pengunjung bukan hanya datang untuk membeli-belah tetapi pada masa sama dapat melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.
.

Entry filed under: carbootsales, flea market, maeps, MAHA, meias, serdang. Tags: .

SIMBAZA Dilancarkan Pada 27 Jun 2009 Aidil Fitri 1430 – Tempahan Dibuka Lagi

2 Comments Add your own

  • 1. Anonymous  |  August 10, 2009 at 12:11 am

    caya la…siap ada blog lagi tu ???

    Reply
  • 2. Anonymous  |  August 10, 2009 at 12:13 am

    tempe ubi 1 taknak pedas ye….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Dapatkan meklumat terbaru entri kami di http://tempevstapaiubi.blogspot.com

Blog Stats

  • 26,342 hits

Like US at FB


%d bloggers like this: