Bila Artis Pun Berniaga Produk Tradisional

December 4, 2009 at 2:45 pm Leave a comment

Salam semua pembaca,

Terpanggil kali ni nak menulis pasal bisnes produk makanan tradisi. Memang rasa bangga juga bila masih ramai orang yang prihatin dan mengambil tahu perihal produk-produk tradisi terutamanya makanan. Itu sebab bila orang tanya mengapa memilih produk tradisi seperti tempe, tapai dan acar untuk dijadikan ‘killer produk’, saya cuma jawab “nak kekalkan tradisi untuk anak cucu”.

Coretan kali ini sebenarnya lebih kepada para artis yang kini aktif berniaga. Memang bangga juga apabila 2-3 orang artis tanahair berkecimpung secara serius dalam bisnes yang orang boleh kata remeh dan takde standard langsung.

Melihat kepada Ezani yang memasarkan produk belacan dari Perlis dan sekarang ni beliau betul-betul cari makan dengan bisnes ini. Macam tak percaya je masa mula-mula dia perkenalkan produk keluaran syarikatnya. Sekarang ni, kalau nak cari produk beliau, cari la kat Tesco, Mydin & Giant.


Kemudian timbul pula pelakon Zul Yahya, hero drama “Pepaya” buat bisnes ikan pekasam. Hmm…. nampak janggal kan, tapi kerana kesungguhan dan semangat berniaga buat muka tebal je la kot. Janji bisnes boleh jalan dan buat duit. Tapi tak tau la setakat mana hasilnya sebab kurangnya berita pasal kehidupan peribadi beliau.


Yang terbaru, Que Haidar buat bisnes ikan masin. Betul ke ?? Hah.. terkejut juga macam tak percaya. Maklum la, depa ni semua dah la hensem, berduit pulak tu.

Selalu juga kita terbaca yang para artis ni berniaga pasar ramadhan. Antaranya Black Mentor dan Rosnah Mat aris. Dan ramai juga yang buka restoran seperti Amy Search dan Linda Onn.


Mungkinkah populariti menjadi salah satu aset perniagaan? Mungkin juga kerana mereka ni dapat ‘coverage’ percuma dalam ruangan hiburan samada di majalah atau akhbar. Promosi ‘free’ sebegini memang susah kalau usahawan macam kita nak dapat melainkan kena melabur duit buat iklan le.

Macamanapun, bagus juga sebilangan artis ni buat bisnes produk tradisi supaya ianya terus dipromosikan oleh media. Sekurang-kurangnya, anak cucu kita ‘aware’ akan keujudan makan tradisi selain ‘fast food’ yang hampir saban hari mereka hadap.

Apa akan jadi 10 atau 20 tahun akan datang. Ujud lagi ke produk-produk tradisi ni? Sendiri mau ingat la….

Entry filed under: artis berniaga, produk makanan, tradisi. Tags: .

TERIMA KASIH : Ramai Orang Tolong Promote bazaar@maeps Saksikan Kehebatan Drift Asia di MAEPS Serdang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Dapatkan meklumat terbaru entri kami di http://tempevstapaiubi.blogspot.com

Blog Stats

  • 26,342 hits

Like US at FB


%d bloggers like this: