Tengku Djan Raja Drift Asia

December 22, 2009 at 9:19 am Leave a comment

TENGKU Djan Ley mempertahankan reputasinya sebagai ‘Raja Drift’ di rantau Asia apabila menjuarai Kejuaraan Goodyear Formula Drift Siri Malaysia 2009 semalam.

Tengku Djan yang menguasai saingan sejak daripada peringkat awal lagi, mempamerkan aksi menakjubkan untuk menambat hati juri apabila menewaskan pemandu Thailand, Sak Nana Kiki pada perlumbaan akhir di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Tempat ketiga pula menjadi milik pemandu dari New Zealand, Mike Whiddet atau lebih dikenali sebagai Mad Mike yang mewakili pasukan Goodyear Racing.

Dalam aksi semalam, Tengku Djan terlebih dahulu menewaskan pemandu senegara, Lim Zee King dalam persiangan 32 pemandu terbaik sebelum menyingkir Ee Yoong Chern yang mewakili pasukan Tyrepac Goodyear diikuti Nazrul Afifi (Toyo)

Pada peringkat separuh akhir pula, Tengku Djan yang memandu kereta Nissan 180SX berjaya menewaskan Mervyn Mohamed Nakamura daripada pasukan Federal sebelum menundukkan Kiki pada perlawanan akhir.

Ini merupakan kejayaan kedua beliau dalam siri Formula Drif Asia selepas terlebih dahulu menjuarai siri pertama di Singapura pada Julai lalu.

Begitupun menurut Tengku Djan, kejayaan di tempat sendiri memberi makna yang lebih istimewa.

“Ini merupakan pusingan akhir siri Formula Drift di Asia dan sudah tentu saya gembira kerana berjaya menamatkan musim ini dengan kejayaan,” kata Tengku Djan.

“Memang sudah menjadi sasaran saya untuk menjuarai siri perlumbaan di Malaysia. Saya anggap, beraksi di hadapan penyokong sendiri sebagai satu kelebihan kerana saya lebih bersemangat untuk mencatat kejayaan.

“Walaupun saya akui terdapat sedikit tekanan, namun ia tidak menghalang saya untuk memberikan yang terbaik untuk tontonan semua.

“Saya berjanji saya akan kembali semula untuk mempertahankan kejuaraan tahun hadapan.”

Selaku juara, dia membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Sementara itu, Mike yang tewas pada pusingan separuh akhir selepas melanggar kereta Kiki, tetap berpuas hati dengan kedudukan ketiga.

“Memang silap saya kerana terlalu ghairah sehingga terlanggar kereta Kiki,” katanya.

Entry filed under: formula drift, maeps, mardi, serdang, tenggku djan. Tags: .

Saksikan Kehebatan Drift Asia di MAEPS Serdang Produk Jejari Tempe Kini Ke Pasar Raya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


December 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Dapatkan meklumat terbaru entri kami di http://tempevstapaiubi.blogspot.com

Blog Stats

  • 26,342 hits

Like US at FB


%d bloggers like this: