FAMA Selangor Sasar Peniaga Tani Guna Karavan Bertambah

February 22, 2010 at 2:32 pm Leave a comment

SHAH ALAM, 22 Feb (Bernama) — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor mensasarkan peniaga pasar tani yang menggunakan karavan bertambah kepada 30 orang pada tahun ini daripada 10 sekarang.

Pengarah FAMA Selangor, Rohizad Ridzwan berkata dalam usaha membantu pihaknya akan membawa mereka berniaga ke pasar tani dan pasar malam di Lembah Klang.

Katanya, FAMA telah menjalin persefahaman dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya peniaga pasar tani diberi peluang untuk berniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada setiap Sabtu malam.

“Selain itu, peniaga karavan ini akan juga dibawa berniaga di pasar-pasar tani seperti di Putrajaya dan Taman Melawati,” katanya kepada BERNAMA.

Karavan ialah lori satu tan yang diubah suai dan mempunyai bumbung dan rak peragaan barangan jualan serta dindingnya boleh dijadikan papan iklan untuk menarik pelanggan.

Berniaga dengan menggunakan karavan sejak 2008, Ahmad Tarmizi Khalid, 52, berkata beliau mendapati bahawa cara demikian amat sesuai kerana tidak perlu punggah memunggah barangan jualan yang sudah teratur.

Menurut Ahmad, dengan menggunakan karavan beliau boleh memasarkan produk-produk jualannya sehingga ke tempat yang lebih jauh, termasuk Perak.

Manakala, peniaga karavan tunggal wanita, Kamariah Said, 38, pula berkata sebenarnya tidak banyak halangan untuk berniaga kuih-muih tradisional asalkan mereka memiliki lesen GDL (Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang).

Entry filed under: fama, karavan, pasar tani, selangor. Tags: .

Kedai Runcit Masih Relevan di Malaysia Temui TempeVsTapaiubi di Facebook

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


February 2010
M T W T F S S
« Jan   Mar »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Dapatkan meklumat terbaru entri kami di http://tempevstapaiubi.blogspot.com

Blog Stats

  • 26,342 hits

Like US at FB


%d bloggers like this: