19% SME Tembusi Pasaran Dunia

April 1, 2010 at 12:52 pm Leave a comment

CYBERJAYA 31 Mac – Sebanyak 19 peratus daripada kira-kira 500,000 perusahaan kecil dan sederhana (SME) di negara ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, SME Corp. masih berusaha untuk mencapai sasaran 22 peratus yang telah ditetapkan.

”Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh SME dari segi pembungkusan dan penjenamaan, pihak kementerian bersama SME Corp. mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjenamaan.

”Ini antaranya bertujuan membolehkan penjenamaan sebagai cara untuk mempermudahkan akses kepada pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Penjenamaan Inovasi SME-Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing di sini hari ini.

Pusat penjenamaan tersebut merupakan satu inisiatif untuk mendidik SME tempatan mengenai kepentingan inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan kualiti produk, jenama dan pembungkuasan.

Mustapa berkata, usahawan SME dinasihatkan supaya merebut pelbagai peluang yang diwujudkan kerajaan termasuk memohon program label nasional (national mark) iaitu piawaian persijilan untuk membolehkan produk IKS bersaing di pasaran global.

”Di bawah program ini, syarikat yang berjaya melalui proses audit yang ketat akan diberikan label nasional selama dua tahun.

”Jenama yang menerima label nasional akan dipromosikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Pelancongan ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Entry filed under: dunia, malaysia, pks, sme. Tags: .

Resepi : Pecal Stail Jawa PANDUAN : Kejayaan Dan Halangan Dalam Perniagaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


April 2010
M T W T F S S
« Mar   May »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Dapatkan meklumat terbaru entri kami di http://tempevstapaiubi.blogspot.com

Blog Stats

  • 26,342 hits

Like US at FB


%d bloggers like this: