Stok Tapai Ubi Kian Pulih

May 24, 2010 at 12:20 pm Leave a comment


Sejak beberapa minggu yang lalu, kilang Sofaz Freshmart (SF) mengalami dugaan dengan pemberhentian sementara produksi TAPAI UBI berikutan putusnya bekalan dari pembekal sedia ada.

Dengan bantuan dari Jabatan Pertanian Daerah Sepang, akhirnya ada juga pembekal yang sanggup menghantar stok ubi ke Puchong. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu.

Banyak juga panggilan yang diterima daripada ejen dan peruncit yang mengeluh kerana tidak mendapat bekalan yang cukup terutama di musim panas dan hampirnya musim cuti sekolah. Ramai juga pelanggan tetap kami yang menghantar SMS bertanyakan samada kami masih beroperasi atau tidak…… soalan yang memang sukar dijawab.

Bebarapa perbincangan dengan peladang mendapati, stok ubi kayu hanya boleh dituai selewat-lewatnya pada bulan Ramadhan nanti. Ini berikutan permintaan yang tinggi dari pembuat kerepek dan kuih berasaskan ubi kayu pada bulan puasa dan Syawal nanti.

Bagi mengelakkan krisis bekalan ini tidak berlanjutan, SF sedang mengkaji beberapa pelan jangka panjang, antaranya ialah mencari tanah yang sesuai untuk penanaman ubi atau membuat ‘contract farming’ dengan peladang sediada.

SF berharap krisis ini tidak berpanjangan seperti kes kekurangan gula dipasaran sekarang ini. SF juga akan terus bekerjasama dengan Jabatan Pertanian untuk menambahbaik hasilan produk agar ianya setanding dengan produk lain di pasaran. 

Doakan kami berjaya dan sokongan anda semua amat kami hargai.

Entry filed under: online, produk makanan, produk tradisi, tapai, tapai ubi. Tags: .

Kedai Konsep Halal di Arab Saudi Yong Tau Foo HALAL Ada Di Pasaran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


May 2010
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Dapatkan meklumat terbaru entri kami di http://tempevstapaiubi.blogspot.com

Blog Stats

  • 26,368 hits

Like US at FB


%d bloggers like this: